CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Lilypie 6th to 18th PicLilypie 6th to 18th Ticker

Wednesday, May 27, 2009

Tak boleh dimarah..


Semalam, Kakak masuk bilik cakap pada Abah yang Coan conteng (menulis) di cardboard file dia. File tu teacher Kakak bagi. Kakak letak file tu bawah katil (jadi isu ni - kenapa bawah katil?). Then Kakak tunjuk. Besar sekali handwriting Coan. Lupa pulak Ummi nak snap gambar (hehe..).

Then, Ummi suruh Kakak panggil Coan. Dalam pada tu, Ummi bagi tahu Abah to be fair. Coan kena ditegur. Abah kata tak boleh. Kalau marah, nanti 2 hari merajuk. Amboi!!! exaggerating nya Abah tu..

Coan datang bilik Ummi. Seperti biasa ada sesi soal siasat. Abah soal. Coan jawab. Ummi soal. Coan jawab. Tak sampai 3 minit,

uuuuwwwwweeeeaaaaaa!!!!!!

Ummi tersenyum tapi buat diam aje. Nak tengok selama mana Coan nak nangis. Betul ke 2 hari macam Abah kata. Then Coan berdiri tepi dinding di luar bilik Ummi. Dalam 10 minit aje. Lepas pada tu, Coan main balik dengan Kakak dan happy semula. Dah lupa pun kisah kena tegur tadi. Jadi, maknanya... Coan boleh lah kena marah. Tak aci lah kan, asyik Kakak aje yang kena ;).


Wednesday, May 13, 2009

Saya suka awak lah..


Hahaha!! Coan mungkin baca benda ni a few months or even years after Ummi tulis kat sini. Semalam, Ummi ada gathering bersama wanita-wanita Jubail (cewah!). Then, kawan Ummi, Aunt Shafir bagi tahu Ummi satu cerita. Semasa kelas agama di Al Jabar Compound, Coan bagi tahu anak dia (salah seorang kembar tu),

"Awak.. saya suka lah awak ni"

Ummi rasa macam tu lah dialognya. Knowing anak Ummi, Ummi percaya apa yang anak Aunt Shafir bagi tahu dia. Walaupun Coan nampak timid, you're frank and straight. You said things from the bottom of your heart. Cumanya, Ummi tak sure the reason Coan cakap macam tu. Sebabnya, itu bukanlah first time Coan cakap benda macam tu. Dah banyak kali. Without reason, Coan bagi tahu Ummi yang Coan suka orang ni, orang tu.

Anak Aunt Shafir tu baik ya. Ummi pun nampak dia baik. Sangat sopan. Aik! Ummi pulak lebih-lebih. Kalau nak berkawan dengan dia, kawan elok-elok ya. Dia tu pangkat abang dengan Coan. Kalau tak faham apa cikgu ajar, boleh lah tanya dia.

Tapi kan, Ummi wonder jugak. Anak Ummi ni dah start fall in love ke sebenarnya? Woohooooo!!! I hope not my dear. You are way too young for that.

pssttt.. si dia tu, yang mana satu yek?