CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Lilypie 6th to 18th PicLilypie 6th to 18th Ticker

Wednesday, December 30, 2009

Kontot sudah...

Nak bergaya punya pasal, habis kontot dan gondol jadinya. Itu lah yang terjadi pada rambut depan Coan. Memang dulu masa potong rambut, purposely Ummi mintak Aunt Eyin potong sama rata. Dah lama sangat jadi rambut dah memanjang. Jadi, selalu rambut depan Coan menutup muka. Bijak sangat, one day Coan ambik gunting and jadi hair dresser sendiri heheh.. Terkejut Ummi tengok rambut Coan gondol kat depan. Tapi, Coan sengih-sengih saja sebab salah sendiri. Cuba dulu, masa Abah yang potong rambut Coan pendek. Walaupun tak gondol, menangisnya bagai nak rak.

Ummi harap sangat Coan tak terlalu manja. Bila Kakak usik sikit, cepat benor Coan nangis dan meraung. Ingatkan teruk sangat lah apa yang Kakak buat. Kadang-kadang Kakak cuma kata saja dan Coan pun ada jugak mengata Kakak. Tapi, tangisan Coan tu macam lah kakak dah ketuk kepala Coan dengan pinggan. Sabor je lah. Agaknya itu lah akibatnya bila Coan lama sangat jadi bongsu kan. Tapi, the good thing is, Coan sangat penyayang terhadap adik-adik. Syukur Alhamdulillah. Tapi sesekali ada jugak Coan bully Shahmey ;).

Sekarang, Coan dah speak English with accent! I couldn't believe sometimes that it was you who was talking. Dulu, masa mula-mula sekolah di Saudi, Coan was very quiet. Cikgu-cikgu di Mariya selalu complain, "she is so quiet. She doesn't talk". Puas juga Ummi dan Abah convince, "she will improve. She's new. English is not her language but she'll catch up, don't worry". Cikgu still cakap, "you have to push her". Ummi dan Abah pun push lah jugak walaupun tak nak push mana pun sebab kami tahu you'll slowly catch up. Sampaikan Coan nangis bila Ummi dan Abah marah sebab Coan tak nak speak English. Sekarang ni, Ummi dah tak risau about the language. Alhamdulillah. Ummi harap Coan akan improve in all aspects of your life be it in this life or hereafter. InsyaAllah.

Semalam, Coan bangun tidur and nangis sebab tak dapat tolong Ummi buat cake. Alahai.. tu la, lain kali bangun awal sikit. Kakak yang tolong Ummi. Ummi tahu, you insisted to help me a day before tapi Ummi tak dapat buat lagi sebab tak cukup ingredient. Bila dah cukup ingredient, Ummi decided to mix it in the morning. Nasib baik ada lah sikit lagi benda nak buat. Dapat lah Coan tolong walaupun everything was almost done.

MasyaAllah Tabarakallah!!! Coan is adventurous. Bila dah pandai naik buai, punyalah tinggi Coan hayun. Takut Ummi. Sekarang, Coan dah pandai bawak basikal without the 2 helper tires. Ummi tak tahu panggil benda apa tayar sokongan tu. Coan was proudly showing Ummi yang Coan dah boleh bawak basikal kakak. That was fast! Ummi dulu, darjah 5 baru nak pandai bawak basikal. Lambat betul Ummi kan heheh..






Wednesday, May 27, 2009

Tak boleh dimarah..


Semalam, Kakak masuk bilik cakap pada Abah yang Coan conteng (menulis) di cardboard file dia. File tu teacher Kakak bagi. Kakak letak file tu bawah katil (jadi isu ni - kenapa bawah katil?). Then Kakak tunjuk. Besar sekali handwriting Coan. Lupa pulak Ummi nak snap gambar (hehe..).

Then, Ummi suruh Kakak panggil Coan. Dalam pada tu, Ummi bagi tahu Abah to be fair. Coan kena ditegur. Abah kata tak boleh. Kalau marah, nanti 2 hari merajuk. Amboi!!! exaggerating nya Abah tu..

Coan datang bilik Ummi. Seperti biasa ada sesi soal siasat. Abah soal. Coan jawab. Ummi soal. Coan jawab. Tak sampai 3 minit,

uuuuwwwwweeeeaaaaaa!!!!!!

Ummi tersenyum tapi buat diam aje. Nak tengok selama mana Coan nak nangis. Betul ke 2 hari macam Abah kata. Then Coan berdiri tepi dinding di luar bilik Ummi. Dalam 10 minit aje. Lepas pada tu, Coan main balik dengan Kakak dan happy semula. Dah lupa pun kisah kena tegur tadi. Jadi, maknanya... Coan boleh lah kena marah. Tak aci lah kan, asyik Kakak aje yang kena ;).


Wednesday, May 13, 2009

Saya suka awak lah..


Hahaha!! Coan mungkin baca benda ni a few months or even years after Ummi tulis kat sini. Semalam, Ummi ada gathering bersama wanita-wanita Jubail (cewah!). Then, kawan Ummi, Aunt Shafir bagi tahu Ummi satu cerita. Semasa kelas agama di Al Jabar Compound, Coan bagi tahu anak dia (salah seorang kembar tu),

"Awak.. saya suka lah awak ni"

Ummi rasa macam tu lah dialognya. Knowing anak Ummi, Ummi percaya apa yang anak Aunt Shafir bagi tahu dia. Walaupun Coan nampak timid, you're frank and straight. You said things from the bottom of your heart. Cumanya, Ummi tak sure the reason Coan cakap macam tu. Sebabnya, itu bukanlah first time Coan cakap benda macam tu. Dah banyak kali. Without reason, Coan bagi tahu Ummi yang Coan suka orang ni, orang tu.

Anak Aunt Shafir tu baik ya. Ummi pun nampak dia baik. Sangat sopan. Aik! Ummi pulak lebih-lebih. Kalau nak berkawan dengan dia, kawan elok-elok ya. Dia tu pangkat abang dengan Coan. Kalau tak faham apa cikgu ajar, boleh lah tanya dia.

Tapi kan, Ummi wonder jugak. Anak Ummi ni dah start fall in love ke sebenarnya? Woohooooo!!! I hope not my dear. You are way too young for that.

pssttt.. si dia tu, yang mana satu yek?