CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Lilypie 6th to 18th PicLilypie 6th to 18th Ticker

Saturday, January 24, 2009

the loving Coan



Semenjak dua menjak ni Ummi tengok antara Kakak dan Coan, Coan lebih penyayang terhadap adik-adik berbanding Kakak. Bukan niat Ummi nak membezakan anak-anak tapi Ummi nampak aura loving tu lebih sikit dalam diri Coan berbanding Kakak.


Tapi, bila Ummi nilai semula, Ummi rasa Ummi tahu asal usul kejadian tu hehee.. Bagi Ummi, bila kita selalu dimanjakan, kita akan jadi manja dan penyayang dan begitulah sebaliknya. Kakak Sophea sempat bermanja sorang-sorang selama 1 tahun 8 bulan sahaja. Lepas tu Coan lahir. Maka, terpaksalah Kakak Sophea berkongsi kasih sayang dengan Coan. Kesian juga pada Kakak sebab dalam keadaan masih kecil dah terima adik. Masa Ummi banyak tertumpu pada Coan.


Coan jadi anak bongsu lama tau. Umur Coan 5 tahun, barulah dapat adik Shahmey. 5 tahun Coan dimanja oleh Abah. Kalau Coan buat silap, selalu Kakak yang kena dengan alasan Coan kecil lagi. Sampai bila-bila pun Coan kecil sebab dah tentu Kakak lebih besar.


Walau bagaimanapun, Ummi suka dengan sikap penyayang Coan tu. Keep it up my dear. Ummi juga harap Kakak pula akan slowly grasp the same quality. Mungkin Ummi sendiri yang kena lebih manjakan Kakak sekarang so that Kakak akan jadi penyayang macam Coan juga. Jadi, Coan janganlah jeles ye hehehee...

Sunday, January 11, 2009

Advancenya Coan..



Kelmarin, masa Ummi tengah sibuk kat dapur, Coan bagi tahu Ummi,

"Ummi... Oan tak nak beranak. kalau beranak nanti kena belah perut. Oan takut lah. Kalau besar kena beranak. Macam mana Ummi?"

Ummi pun jawab,

"Kalau tak nak beranak, tak payahlah kawin"

Sebenarnya banyak benda yang nak kena explain tapi since masa tu Ummi sibuk nak masak. Ummi ambik short cut aje cakap macam tu. Then Coan sambung lagi,

"Tapi Oan nak laki.."

Amboi... laki nak. Beranak tak nak. Pandainya budak ni. Ummi tak sure lah Coan faham ke tak konsep laki tu. Kelakar pulak tapi Ummi tak sempat nak gelak sebab dalam kepala Ummi masa tu, kira nak cepat keluar dari dapur. Ummi dah tak larat nak berlama-lama berdiri kat dapur.


Ummi tau yang Ummi patut cerita pada Coan bahawa beranak bukan semestinya belah perut. Itu sesetengah kes sahaja. Tapi since Ummi beranak memang belah perut, macam tu lah yang Coan tau. Ummi pernah cerita pada Coan dulu yang orang beranak sebenarnya ikut saluran tertentu tapi Coan tak ingat sebab yang Coan nampak parut luka di perut Ummi.


Sabarlah ya. Nanti Coan besar sure Coan gelak sendiri baca blog Coan ni. Itupun kalau blogspot ni masih setia hehehe...