CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Lilypie 6th to 18th PicLilypie 6th to 18th Ticker
Showing posts with label wonder mind. Show all posts
Showing posts with label wonder mind. Show all posts

Sunday, May 29, 2011

Oan nak mp3 pulak!


Bila Kakak mintak iPod, Coan mintak mp3. Coan ni macam kakak jugak. Banyak terpengaruh dengan kawan-kawan. Coan siap cakap pada Abah. Murah je Abah. mp3 tu 99 riyal aje! Oan tengok kat Jarir magazine tu. Amboi-amboi. Pandai anak-anak Ummi membelek katalog ya.

Ummi belek jugak tapi takdelah terfikir nak beli pun. Mungkin sebab kawan-kawan Ummi bukan berkejar membeli benda-benda macam tu. Mereka berkejar beli benda lain hehee.. *wink*.

Bila Kakak dapat ipod dan Coan tak dapat mp3, kakak bagi Coan guna handphone dia. Coan pun ada handphone tapi tak best sangat. Alaaa.. Coan guna handphone sebab nak dengar lagu. Sebab tu juga lah Coan nak mp3. Ummi bagi syarat. Kalau Coan nak guna mp3 untuk dengar lagu, no way! Tapi, kalau untuk dengar ayat2 dari surah Al Quran, Ummi bagi. Tak kiralah berapa harga mp3 tu. Nampaknya Coan diam lepas Ummi bagi syarat tu. Tahu dah, mesti tak suka lah syarat Ummi tu.

Sunday, January 11, 2009

Advancenya Coan..



Kelmarin, masa Ummi tengah sibuk kat dapur, Coan bagi tahu Ummi,

"Ummi... Oan tak nak beranak. kalau beranak nanti kena belah perut. Oan takut lah. Kalau besar kena beranak. Macam mana Ummi?"

Ummi pun jawab,

"Kalau tak nak beranak, tak payahlah kawin"

Sebenarnya banyak benda yang nak kena explain tapi since masa tu Ummi sibuk nak masak. Ummi ambik short cut aje cakap macam tu. Then Coan sambung lagi,

"Tapi Oan nak laki.."

Amboi... laki nak. Beranak tak nak. Pandainya budak ni. Ummi tak sure lah Coan faham ke tak konsep laki tu. Kelakar pulak tapi Ummi tak sempat nak gelak sebab dalam kepala Ummi masa tu, kira nak cepat keluar dari dapur. Ummi dah tak larat nak berlama-lama berdiri kat dapur.


Ummi tau yang Ummi patut cerita pada Coan bahawa beranak bukan semestinya belah perut. Itu sesetengah kes sahaja. Tapi since Ummi beranak memang belah perut, macam tu lah yang Coan tau. Ummi pernah cerita pada Coan dulu yang orang beranak sebenarnya ikut saluran tertentu tapi Coan tak ingat sebab yang Coan nampak parut luka di perut Ummi.


Sabarlah ya. Nanti Coan besar sure Coan gelak sendiri baca blog Coan ni. Itupun kalau blogspot ni masih setia hehehe...