CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Lilypie 6th to 18th PicLilypie 6th to 18th Ticker

Sunday, January 11, 2009

Advancenya Coan..



Kelmarin, masa Ummi tengah sibuk kat dapur, Coan bagi tahu Ummi,

"Ummi... Oan tak nak beranak. kalau beranak nanti kena belah perut. Oan takut lah. Kalau besar kena beranak. Macam mana Ummi?"

Ummi pun jawab,

"Kalau tak nak beranak, tak payahlah kawin"

Sebenarnya banyak benda yang nak kena explain tapi since masa tu Ummi sibuk nak masak. Ummi ambik short cut aje cakap macam tu. Then Coan sambung lagi,

"Tapi Oan nak laki.."

Amboi... laki nak. Beranak tak nak. Pandainya budak ni. Ummi tak sure lah Coan faham ke tak konsep laki tu. Kelakar pulak tapi Ummi tak sempat nak gelak sebab dalam kepala Ummi masa tu, kira nak cepat keluar dari dapur. Ummi dah tak larat nak berlama-lama berdiri kat dapur.


Ummi tau yang Ummi patut cerita pada Coan bahawa beranak bukan semestinya belah perut. Itu sesetengah kes sahaja. Tapi since Ummi beranak memang belah perut, macam tu lah yang Coan tau. Ummi pernah cerita pada Coan dulu yang orang beranak sebenarnya ikut saluran tertentu tapi Coan tak ingat sebab yang Coan nampak parut luka di perut Ummi.


Sabarlah ya. Nanti Coan besar sure Coan gelak sendiri baca blog Coan ni. Itupun kalau blogspot ni masih setia hehehe...

2 feedback:

Ummi365 said...

kah kah kah .. kelakar lah coan ni. dia tak faham lagikan.

ari tu nephew ummi yang umur 9 tahun berborak dgn abang dia ummur 11. dia kata besuk dia nak kawin dengan perempuan cantik. lepas tu nak bagi anak nama apa entah.. yang bestnya masa budak berdua ni berborak adik ummi mengendap balik pintu. apa lagi mak dia ketawa terkekeh2 dengar.

sobhan shahril said...

Kak Ummi, budak2 ni memang lawak.. anything yang keluar dari mulut diorang memang melucukan kan..